Showing posts with label suka-suka. Show all posts
Showing posts with label suka-suka. Show all posts

Friday, August 13, 2010

Puasa zaman muda dulu...

Setiap kali masuk je bulan puasa ni mesti banyak cerita-cerita yang menggelikan hati. aspek kehidupan seolah berbeza bila masuk je bulan puasa. 




masyarakat dari pelbagai lapisan, khususnya di Malaysia ada pelbagai cerita untuk dikongsi:-

1. Budak-budak sekolah rendah: Mula buat muka sebab kena bangun sahur awal pagi. Bila balik sekolah, penat, curi-curi makan

2. Suami: stand-by balik awal. Kerja sepanjang bulan puasa slow and steady. By kul 4 dah siap bertolak balik rumah.

3. Anak-anak di perantauan: ari pertama puasa dah pasang lagu raya, especially lagu Sudirman. memang terbaek la.. mesti teringat rumah. Tu baru puasa hari pertama. Hari tu lah jugak teringat masakan mak. Yang belajar local, hari first memang cari chan (chance) je nak sahur bersama family kat kampung.( macam aku la..hehe )
 
4. Family: Masuk je bulan puasa dah plan nak beli baju raya kat mana. Tambahan kalau dah dekat-dekat penghujung, semua bazar sesak . Diborongnya segala khazanah. Dengan kedai-kedainya sekali. Baju raya, langsir, kuih raya.

5. Imam-imam: budak-budak hafiz, kalau bulan puasa memang ramai yang dipanggil menjadi imam tarawih. Tapi nak jadi imam, kena tengok package nye. Tengok bayaran.. Kalau bayar sikit, boleh compare dengan bayaran ramadhan tahun lepas plak tu. Katanya, tahun lepas kat kawasan-kawasan dato' tu, diorang bayar 5k, takkan ni bayar skit je?...kalau nak boleh. tapi package tak lengkap. bacaan ringkas je. doa pun pendek je. hehehe... (tak semua.. sebahgian kecil)

6. Peniaga pasar Ramadhan: tak menang tangan para peniaga pasar Ramadhan ni. ada aje cara untuk tambah pendapatan. Lokasi pulak yang strategic. Booking tempat, kalau dengan majlis daerah berbulan-bulan awalnya. Itu pun kena mark up banyak. Tak pa. Ramadhan punya pasal.

7.Budak-budak bujang: Time ni lah tak payah nak susah2 pikir pasal makn. Tinggal buat diari planner je. Hari ni kat mana, esok kat mana. Rezeki bersepah-sepah. dari rumah orang dah kahwin, masjid, syarikat tempat kerja, atau rumah lecturer, rumah boss. Mana-mana pun boleh.

8. Orang-orang yang mengelat: orang yang nak mengelak lah tu. Ingatkan zaman dulu je ada orang-orang yang rumah kata pergi, kubur kata mari lari dari puasa. zaman sekarang pun masih ada lagi. Macam-macam alasan. Gastrik lah. Pastu gi makan sembunyi-sembunyi. Dah kene tangkap dengan JAIK pastue di bawa berarak ngan van mayat baru nak tau malu. Esok keluar suratkhabar, Datuk 10 cucu ditangkap tak berpuasa.ish3...

9. Shopping mall: first puasa dah buat iklan untuk raya. sebesar-besar alam. berjenis-jenis. Sambutan bulan puasanya tak seberapa, tapi rayanya sakan bagai. Hotel-hotel pulak buat hidangan special sempena ramadhan. ingatkan ramadhan untuk besederhana, tapi kat hotel sumbat makanan dalam perut macam untuk setahun. Ye lah nak bagi berbaloi dengan duit yang dibayar.mahal kot..

Tu lah sebahagian coretan masyarakat kita kat Malaysia ni. Bulan Ramadhan bulan rezeki untuk semua. Saya cuma teringat kisah-kisah lucu di bulan yang mulia ini. Cerita-cerita di atas adalah sekadar pengalamn ramadhan. Yang baik jadikan ikutan, buruk jadikan teladan. Besederhana dalam Ramadhan. Selamat Berpuasa semua...

Tuesday, July 27, 2010

Kereta Pelik

assalamualaikum dan salam sejahtera..

kawan-kawan pernah tengok tak kereta pelik di dunia ini..arinie saya nak cuba kongsikan kepada kawan-kawan tentang kereta pelik nie..tengah sembang dengan member tadi pasal kereta, pastue terkeluar la pulak cerita kereta pelik nie..hehehe..lepas tue apa lagi jumpa pakcik gugle la..nak tnya dia ada tak cerita atau gambar kereta pelik nie kaat dia..nasib la ada..terima kasih pak cik gugle...

meh kita tengok gambar kereta pelik nie yer....
selamat menonton..

Sunday, July 25, 2010

Kemalangan berkos tinggi...

assalamualaikum...

kawan-kawan, apabila kita bercakap tentang kemalanga, pasti ada yang terbayang tentang kematian, kemusnahan harta benda, kecederaan dan trauma... tahukah kawan-kawan akan tragedi kemalangan yang mungkin sesetengahnya mencatatkan sejarah, ia melibatkan kos yang begitu tinggi ditanggung oleh pemilik ataupun kerajaan itu sendiri, terdapat juga sesetengah syarikat insurans yang jatuh bankrap kerana menanggung segala kos akibat kejadian kemalangan ini.

mari kita saksikan kemalangan yang berkos tinggi ini...

Thursday, July 22, 2010

air terjun tertinggi di dunia...

assalamualaikum..

baru-baru nie saya pergi ke tempat peranginan dan saya nampak air terjun@water falls..saya terfikir, di mana air terjun tertinggi di dunia dan berapakah ketinggiannya..
so, bila dah balik rumah, saya pun search la dalam internet untuk mencari jawapannya...

kawan-kawan nak tau di mana air terjun tertinggi di dunia dan berapakah ketinggiannya?

mari kita sama-sama saksikan yerr..


Wednesday, July 21, 2010

siapakah Wong Fei Hong???

assalamualaikum...

aku nak kongsi sedikit cerita nie ngan kawan-kawan..bagi aku menarik gak la..tapi bagi kawan-kawan xtau la...


Selama ini kita hanya mengenal Wong Fei Hung sebagai jagoan Kung fu dalam film Once Upon A Time in China. Dalam film itu, karakter Wong Fei Hung diperankan oleh aktor terkenal Hong Kong, Jet Li. Namun siapakah sebenarnya Wong Fei Hung?


jom kita baca sama-sama tentang Wong Fei Hung nie..


Kenapa Tak Rogol Saya?

                                       

Kisah benar ini berlaku di US.


Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang
bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan
yang diambil pula agak tersorok dan
tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat,
berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa
takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan
bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong
itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak
sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca
ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar
Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu
bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib
baik lelaki itu buat tidak endah dan
perempuan ini selamat sampai ke
rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki
yang tidak dikenali dekat lorong yang
dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih
yang dia lihat semalam adalah perogol
itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek
melalui kawad cam dan selepas siasatan
dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut
walhal dia keseorangan di masa tu,
tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak
tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta
kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol
tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar
penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi
yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut
segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan
memelihara kita. Wanita tadi
pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga
batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga
hambaNya yang sentiasa ingat akan
diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
memeliharanya hingga subuh. Barang siapa
yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam…….

SHARE FROM MD REDZUAN

Sunday, July 18, 2010

terdapat sungai dalam laut..

assalamualaikum...

arinie saya nak kongsikan dengan kawan-kawan tentang sungai yang terdapat di dalam laut pula..
mungkin ada yang sudah tahu tentang keajaiban Allah ini..pada yang tidak tahu lagi, marilah kita berkongsi sama-sama tentang keajaiban Allah ini...

“Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi.” (Q.S Al Furqan:53)

Mr.Jacques Yves Costeau


Jika kawan-kawan termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV `Discovery’ pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau , ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.


Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya. 

mari kita lihat sungai dalam laut ini...




kayu seperti dahan pokok juga terdapat di dalam laut..
Mr.Jacques Yves Costeau cuba menyelam ke dalam sungai...

terdapat gua dalam laut di Cenote Angelita, Mexico.Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah “sungai” di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


“Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus.” Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.
Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang ertinya “Keluar dari keduanya mutiara dan marjan.” Padahal di muara sungai tidak ditemukan mutiara.

Saturday, July 17, 2010

Pantai tercantik di dunia

assalamualaikum..

arini saya nak share dengan kawan-kawan tentang pantai-pantai yang tercantik di dunia pula..
hampir setiap negara di dunia ini memiliki pantai yang sangat cantik..


mari kita lihat sama-sama..

tahukah kamu tentang...

1. First World Hotel di Genting  Highland adlah hotel yang terbesar di dunia dengan mempunyai 6118 buah bilik..

2. bayi dilahirkan tanpa kepala lutut sehingga umur mereka mencecah 2 hingga 6 tahun..

3. Tasik Bosumtwi terbentuk dari jatuhnya meteorit...

4. Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia dengan ukuran 6825 km...

5. Penggunaan telefon bimbit selama 1 jam dapat merangsang pertumbuhan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda...

6. Badam tergolong dalam keluarga buah pic...

7. hanya 7 peratus penduduk di dunia ini kidal..

8. The Angel Falls adalah air terjun yang tertinggi di dunia iaitu 979 meter, lebih tinggi 3 kali ganda dari menara Eiffel...

9. kelipan mata perempuan leih kerap berbanding lelaki..

10. manusia menguap selama 6 saat...

11. Gempa bumi paling dasyat pernah direkodkan ialah di China pada tahun 1557 dengan menyebabkan kematian seramai 830 ribu orang...

mybe ramai yang dh tau tentang benda yang aku bagitau nie..sesiapa yang tak tau lagi, nie input yang baru untuk anda..

p/s*siapa yang nak tambah lagi...silakan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails