Thursday, January 27, 2011

bendera yahudi dalam laptop dan pc..delete2..

pandai puak2 yahudi nie nak meengaburi mata kita...
jaga2 ya umat Islam...
cuba tengok dalam laptop or pc anda..
ada x bendera yahudi?
nk tau dalam mana...
nie aku bg...
C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10, cari gambar bernombor J0285926..
ada bendera yahudi ngn lilin kn...
sebaik-baiknya delete la..
xdak effect pa pon...
delete jangan xdelete...

Wednesday, January 26, 2011

kuiz+presentation+assignment=penat melampau

terbaek....
arini aku dapat 1 assignment..
lecturer baru bagitau tadi...
dia nak presentation + assignment esok..
dah la blh tahan susah gak dia punya tajuk...
dia nak new technology in automotive..
petang da kelas..malam pon da kelas..
memang terbaek la..
time bila la aku nak buat kan...
haha..

Wednesday, January 5, 2011

Alhamdulillah 100,000 peluk Islam di Britain...

LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.
Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent. 

Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun. 

Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain. 

Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun. 
Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya. 

“Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama. 

“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan. 

“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.” 

Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. 



-BHARIAN-

Ikan tuna termahal di dunia..







Seekor tuna sirip biru raksasa di Jepun hari ini mencat sejarah sebagai ikan termahal di dunia. Melalui proses lelong di pasar Tsukiji, Tokyo, ikan itu dijual dengan harga 32,49 juta yen...


Hasil lelongan ikan tuna raksasa  seberat 342 kilogram ini  dapat mengatasi tuna sirip biru yang sebelum ini seberat 202 kilogram, yang dijual seharga 20,2 juta yen pada 2001 di tempat yang sama.

“Ikan ini memang besar sekali. Kami sangat terkejut dengan harga ini,” Ikan ini dibeli oleh dua restoran sushi terkemuka, iaitu rumah makan Kyubey di Tokyo dan Itame di Hong Kong. Mereka bahagi dua ikan besar itu untuk disajikan kepada para pelanggan masing-masing.

Ikan itu ditangkap di perairan utara Jepun. Tuna ini adalah salah seekor dari 538 ikan yang dikumpulkan dari seluruh dunia dan dijual di pasar Tsukiji.

Tuna sirip biru merupakan favorit para pencinta sushi. Sepotong sushi tuna sirip biru, atau disebut o-toro, dapat dijual dengan harga 2.000 yen
Rakyat Jepun menggemari makanan dari daging ikan.. Populari ikan ini membuat jumlah mereka di lautan semakin berkurang.
Demi membela spesies ikan itu, Komisi Internasional Tuna di Mediterania dan Atlantik pada November 2010 menurunkan angka kuota penangkapan tuna, dari 13.500 menjadi 12.900 metric ton. Bagi para nelayan, kebijakanini merugikan mereka kerana merugikan mereka...

Tuesday, January 4, 2011

Minyak naik lagi!!!!

pagi nie aku baca paper metro online...
dlm paper 2 da menyatakan minyak RON97 naik lagi...
waduh2...
baru bulan lepas nek..
bulan nie nek lagi..kali nie nek 10 sen pulak...
minyak tanah pon naik harga gak weyyyy..
hmmmmmm.....
apa nie..asyik nek harga ja...
goverment bagi duit mudah2 ja kat sana sini...
sana rm10 juta..sini tambah lagi rm1juta...
last2 bila dah duit xdak, harga minyak dan barang pon naik la harga...
alasan tetap sama..walaupun kita nie negara pengeluar minyak...
lepas nie kita nek basikal la pulak...
hahaha...

Amuk - Matahari

Hijau Daun - (Suara Ku Berharap)

Suara Ku Berharap by Hijau Daun..

Suara Ku Berharap by Hijau Daun

Polis Selangor buat lawatan rumah ke rumah...






KETUA Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah menunjukkan kad pengenalan diri berwarna biru yang akan dibawa anggotanya dan mengandungi maklumat mereka untuk ditunjukkan kepada penghuni rumah yang dilawati. 
-BHARIAN-

Monday, January 3, 2011

Tahniah Khairul Fahmi!!!!!

KOTA BHARU: Penjaga gol pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat, 21, yang membantu Malaysia muncul juara Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini dianugerahkan sebuah rumah oleh kerajaan Kelantan bagi mengenang jasa dan pengorbanan penjaga gol itu.
Pemberian rumah itu diumumkan sendiri oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, selepas majlis meraikan Khairul Fahmi oleh penduduk Kampung Cherang Ruku di sini, hari ini.
"Sebagai mengenang budi dan menghargai jasa anak muda kita yang berbakti melalui sukan bola sepak membantu negara menjulang piala, maka pihak kerajaan negeri memutuskan menghadiahkan sebuah rumah kepada Khairul Fahmi.
"Kita akan tetap beri hadiah. Itu kenyataan saya (pemberian sebuah rumah) dan segala butiran mengenai pemberian hadiah tersebut akan dilaksanakan oleh Exco bertanggungjawab," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan Badan Bukan kerajaan (NGO) Negeri Kelantan, Abdul Fattah Mahmood.
Nik Aziz berkata, kerajaan Kelantan begitu berbangga dengan kecemerlangan Khairul Fahmi dan berharap pemain itu akan terus meningkatkan prestasinya pada masa akan datang.
"Dia masih muda dan perlu menjaga diri dengan baik. Dengan bakat yang ada, dia boleh menonjol sampai bila-bila. Kita menghargai bakat dia serta keluarga dia, sebab itu kita berjanji nak beri hadiah rumah kepada dia,” katanya.
Terdahulu dalam ucapannya, Nik Aziz berkata bersukan adalah satu riadah yang sangat dituntut dalam agama Islam.
"Kita perlu seimbangkan antara tuntutan dunia dan akhirat. Bersukan boleh tetapi kita jangan lupa solat. Solat membentuk keperibadian akhlak yang mulia. Kita jangan terbabit dalam gejala najis dadah.
"Nabi Muhammad SAW dahulu pun bersukan juga. Masa saya berumur 11 tahun ketika zaman perang Jepun saya menunggang kuda dengan beberapa adik-beradik saya. Saya menang ketika itu, kerana terlampau gembira saya angkat kedua-dua tangan dan bila biawak lalu kuda pun terkejut dan saya pun jatuh. Sampai sekarang kesakitan itu masih terasa," katanya. - BERNAMA
-BHARIAN-

Sunday, January 2, 2011

Fakta lawak pasai bola sepak

1. Pemain paling banyak meludah di padang = Florent Malouda - France
2. Pemain paling suka makan lepat = Frank Lampard - England
3. Pemain yang menguruskan 3 pos ofis = Helder Postiga - Portugal
4. Pengurus pasukan yang suka berlari = Luis Philipe Scolari - Portugal
5. Pemain yang main bolasepak dan ping-pong = Razak Pimpong - Ghana
6. Pemain bolasepak juga kawan baik Batman = Robin ho - Brazil
7. Pemain bolasepak yang juga macam Batman = Mathias Kezman - Serbia Montenegro
8. Pemain yang tak pernah miss bayar bil = Adabayour - Togo
9. Pemain yang main bolasepak dan biola = Saviola - Argentina
10 . Pemain bolasepak yang paling manis = Maniche - Portugal
11 . Pemain yang selalu terluka di padang = Luca Toni - Italy

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails