Tuesday, September 28, 2010

Ed Husic angkat sumpah pegang al-quran..aku bangga!!!


SYDNEY: Wakil Muslim pertama dalam Parlimen Australia mengangkat sumpah semalam sambil memegang senaskhah al-Quran. Ed Husic, yang ibu bapanya adalah pendatang Bosnia, menganggap peluang untuk berkhidmat di Canberra sebagai ‘keistimewaan besar’ dan perkembangan unik dalam sejarah politik di Australia. “Berdasarkan latar belakang saya, sudah tentunya ada pihak akan berasa bangga atau gembira,” katanya kepada akhbar The Australian.
Husic, bekas pemimpin kesatuan sekerja membesar di kawasan barat Sydney yang diwakilinya, memperoleh kerusi dalam Dewan Perwakilan di Canberra, mewakili Parti Buruh dan menang dalam pilihan raya 21 Ogos lalu.
Beliau adalah antara ahli parlimen yang mengangkat sumpah pada sidang ke-43 parlimen oleh ketua hakim mahkamah tinggi di Canberra semalam.
Masyarakat Muslim mewakili 1.7 peratus daripada 22 juta jumlah penduduk yang sebahagian besarnya beragama Kristian.
Sementara itu, Parti Buruh pimpinan Julia Gillard hanya mempunyai majoriti satu kerusi saja ketika sesi parlimen itu bermula semalam, dan terpaksa memilih semula rakan dalam parti, Harry Jenkins sebagai speaker.

Gillard, Perdana Menteri wanita pertama di Australia, kini hanya mempunyai 75 undi dalam Dewan Perwakilan yang mempunyai 150 kerusi itu, berbanding 74 undi yang diperoleh pemimpin konservatif, Tony Abbott.

“Tempoh parlimen ini bukan peluang bagi bertanding semula seperti dalam pilihan raya, undi demi undi, rang undang-undang demi rang undang-undang,” kata Gillard.

“Ia adalah masa bagi mencapai kata sepakat, bukan konfrontasi.”

Namun, Abbott, yang kelihatan cuba mengambil kesempatan daripada kelemahan kerajaan, berikrar akan memastikan Gillard menunaikan janjinya dalam pilihan raya.

“Sebuah parlimen yang seimbang bukan alasan bagi kerajaan menjalankan tugasnya dan menunaikan janji pilihan raya,” kata Abbott, disambut dengan sorakan bergemuruh.

“Kami akan bertindak sebagai pembangkang yang akan memastikan kerajaan bertanggungjawab. Ia akan menjadi parlimen yang hangat dengan perbahasan.” – AFP 

sumber :- bharian 

Friday, September 24, 2010

aku tak suka!!!

aduh!!!
hidung berhingus!!!
kepala pon dok sakit nie!!!
badan panas..tapi still blh update blog lagi..hehehe..
sekarang nie musim ujan..
tipa-tiap ari kat tempat aku ujan..
aku pon tiap2 ari kena ujan..
time nak p kelas pulak 2 kena ujan..
memang terbaik la kan..
pas 2 dok dalam air cond pla..maunya xdemam..huhu..
hadehh..
kepada kawan2..jaga diri baik2 yer..jgn jadi cm aku nie..
dah demam..
nak buat assignment ngan p kelas pon jadi malas..

Wednesday, September 22, 2010

mengantuk !!! nie mesti pasal nasi lemak !!!


aku mengantuk!!!
cam mana nak studi!!!
aku nak studi...
tapi aku mengantuk!!!
cam mana aku nak studi!!!
nie semua sebab makan nasi lemak tadi la nie..
aduh!!!

korang nak tau bahayanya nasi lemak nie...
nie aku nak kasi korang tau...
jangan xbaca pulak...

 *NASI LEMAK*

Nasi lemak kandungan santannya tinggi.So cholesterolnya tinggi..may be sebab 2 la yang membuatkan kita nie mengantuk.. Prof. Ungku Aziz ditanya apakah rahsia beliau sihat physical & minda pada umur 85. Dia cakap, dia tak makan atau jarang sekali makan nasi lemak seperti kebanyakkan orang Melayu.

*KESIMPULAN*

As many of us are approaching 30 yrs old with some are already in 30s, we should be kind and gentle to our body. The least that we could do is to be moderate in everything we do and watch out on our food intake. Eat healthy food.




Monday, September 13, 2010

Panas!!!!


Panas ati aku bila baca bharian arini...ada pulak orang yang sesuka ati koyak al-quran..apa nie??? Bengong tul la!!!! kalau umat Islam serang puak2 nie pandai pulak ak marah tapi bila puak2 nie serang Islam boleh pulak..ada pulak pihak yang sokong lagi!!!!!

kalau nak tau kisah pe yang bt aku panas..baca la kat bawah nie...pastue sabar dan beristighfar banyak2.. ayuh ISLAM..mari kita bangun...

Al-Quran dihina depan Rumah Putih

WASHINGTON: Empat kejadian mengoyak dan membakar al-Quran dilaporkan berlaku di New York dan Tennessee, Amerika Syarikat meskipun seorang paderi konservatif di Florida membatalkan rancangan membakar kitab suci itu semata-mata kerana memprotes pembinaan sebuah masjid dekat lokasi serangan 9/11 atau ‘Ground Zero’.
Dalam kejadian di depan Rumah Putih, sekumpulan penganut Kristian Konservatif mengoyak beberapa muka surat satu naskhah al-Quran sempena ulang tahun serangan 9/11.
Sambil mengoyak, mereka menjerit: “Kata-kata palsu bahawa Islam adalah agama keamanan mesti dihentikan.”

Seorang daripada mereka kemudian berkata: “Satu-satunya sebab saya tidak membakarnya dalam kawasan Rumah Putih ialah melakukannya adalah jenayah. Bangunan berkembar (Pusat Dagangan Dunia) musnah kerana al-Quran dan ajarannya.”

Dalam kejadian lain di Lower Manhattan, seorang lelaki yang membantah pembinaan masjid itu mengoyakkan beberapa muka surat daripada senaskhah al-Quran sebelum membakarnya.

Dalam kejadian ketiga, seorang lagi lelaki mengoyakkan dan membuat isyarat lucah dengan kitab suci itu, mengejutkan orang lain yang melihatnya.

Di satu daerah dekat Nashville, Tennessee, paderi Bob Old dan seorang lagi rakannya menggunakan pemetik api untuk membakar sekurang-kurangnya dua naskhah al-Quran dan menggelar Islam ‘agama palsu.’ Tiada tangkapan dibuat.

Kejadian berlaku sehari selepas Terry Jones, paderi gereja Dove World Outreach Center di Gainesville, Florida, membatalkan niatnya membakar al-Quran.

Sementara itu, dalam cubaan mengurangkan ketegangan, Obama memberitahu rakyat Amerika bahawa Islam bukan musuh sempena sambutan tragedi 9/11.

Bercakap di Pentagon, Obama berkata: “Sebagai rakyat Amerika, kita tidak akan dan tidak pernah berperang dengan Islam.
“Ia bukan satu agama yang menyerang kita pada September. Penyerang adalah al-Qaeda dan mereka adalah sekumpulan lelaki yang menyimpang daripada agama itu,” kata Obama.

Tetapi, itu tidak menghalang beribu-ribu orang yang menyokong dan membantah pembinaan masjid daripada melakukan perarakan dekat Ground Zero sambil dikawal anggota polis.

Kumpulan yang menyokong pembinaan masjid, seramai 1,500 orang, berarak ke tapak pembinaannya tidak jauh dari Ground Zero disusuli sekumpulan yang membantahnya, tidak lama selepas itu.

Ahli perundangan Belanda yang anti-Islam, Geert Wilders berucap kepada kumpulan memprotes itu dengan berkata: “Di sinilah tempat kita halang mereka. Jangan benarkannya supaya New York tidak menjadi New Mecca (Makkah Baru).” – Agensi

Sunday, September 12, 2010

Raya ke-3 : banyak open house

gendang gendut tali kecapi..
kenyang perut...
senang ati...
betul ker pantun nie..
hehehe..
aku men bantal jer..
betul la kot kan..
camna ngn raya kawan2?
mesti dapat duit raya banyak kan..
banyak xopen house??
raya ke 3 nie aku dapat banyak undangan open house..
makan banyak tapi badan xbesar pon..
pelik2...
arini aku makan macam2..
smpai nak bawak keta balik umah pon dah xlarat..
tapi alhamdulillah la...
boleh makan free..
kalu tiap2 ari camnie, boleh la ku simpan duit nak beli kereta civic type R...
hehehe..
sapa2 yang nak ajak aku p open house boleh la ajak yer..
insyaAllah aku akan sampai...

Wednesday, September 8, 2010

ADAB MENDENGAR AZAN


ADAB MENDENGAR AZAN

Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. Lidahnya kelu, keras. Dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya'. Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.

Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah' yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.

'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematianyang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah' semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin yarobbala'lamin'.

Bahaya Shisha..




“Kajian daripada Department of Health and the Centre for Tobacco Control, mendapati bahawa shisha lebih berbahaya berbanding rokok. Pada tingkat yang sangat parah, shisha 400 hingga 450 kali lebih bahaya daripada rokok biasa!”

Kenapa shisha bahaya?
Ramai menyatakan ia lebih selamat daripada merokok, tetapi ia tidak wajar sama sekali kerana kandungan asas bagi rokok dan shisha adalah sama, iaitu tembakau. Tembakau yang digunakan untuk rokok diasapkan terlebih dulu sementara tembakau yang digunakan untuk shisha diperam.
Air dalam shisha tidak dapat menapis banyak jenis toksin dalam asap shisha. Shisha juga mengandungi nikotin, karbon monoksida dan lain-lain bahan seperti rokok biasa. Bahkan arang yang digunakan mendap dalam salur pernafasan dan meningkatkan masalah paru-paru kepada lebih teruk berbanding rokok biasa yang juga berbahaya dari segi bahan pengawet digunakan untuk mengawet dan merawat tembakau dalam rokok.

Penyakit Bakal peminat shisha dapat
Bagi mereka yang menghisap shisha di kedai kopi, perkongsian paip shisha mendedahkan mereka kepada bahaya lain seperti penyakit yang merebak melalui air liur.
Penyakit yang biasa kita dengar, berjangkit akibat berkongsi shisha adalah TB.
Tidak hairanlah jika kes TB di Mesir menjadi satu kebiasaan di semua hospital.
Jadi para sahabat dan peminat shisha yang selalu cakap shisha ni alternatif kepada rokok, sila tinggalkan aktiviti shisha anda atau anda terdedah kepada penyakit yang mara bahaya!

Tuesday, September 7, 2010

Kad hari raya dari aku...

 
salam 2 all muslim..


  kad raya nie aku buat khas untuk follower aku dan pembacabelog aku nie ...
walaupon xramai..
taun nie aku beraya dengan 6 orang je follower aku..hehehe..
sapa2 yang singgah belog aku nie kita beraya sekali la yer..
 kalu kwn2 rase nak amik kad raya nie amik la..

haa..sebelum aku lupa..
aku nak mintak maap kepada semua sekiranya aku da buat salah or
da buat kwn2 rasa xpuas ati ngan aku..

to all....

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..
MAAF ZAHIR DAN BATIN....


nie duit raya dari aku...
 
hehehe...

Nk tau Hari Raya bila...





salam  2 all...

 kwn2 nak tau cmna kita nak tau bila kita raya? jom kita baca skett..kena tau gak la kan..jangan tau seronok raya jer..heheehe..sesekali kita amik tau sama psai nie yer..
nie cara dia...
  • perbezaan penentuan tarikh hari raya antara negara Islam termasuk Malaysia disebabkan wujudnya perbezaan matlak iaitu perbezaan terbit dan terbenamnya hilal (anak bulan). 
  • Perkara itu juga bergantung kepada penentuan pihak berkuasa agama di negara masing-masing sama ada menggunakan kaedah rukyah sahaja, hisab sahaja atau kedua-duanya
  • Kriteria imkanur rukyah ketika matahari terbenam, ketinggian hilal di atas ufuk tidak kurang daripada dua darjah dan jarak lengkung (hilal dan matahari) tidak kurang daripada tiga darjah
  • satu lagi kaedah ialah ketika hilal terbenam apabila umur hilal tidak kurang daripada lapan jam (kaedah ini diambil kira selepas ijtimak berlaku).
  • Di Malaysia, data kajian bagi tiga bulan utama iaitu Ramadan, Syawal dan Zulhijjah berpandukan koordinat dua titik rujukan iaitu melihat kepada koordinat Tanjung Atiam, Sabah (stesen paling timur) dan koordinat Tanjung Chincin, Pulau Langkawi (stesen paling barat). Bagi menentukan awal Syawal 1431, proses cerapan akan dilakukan pada petang hari merukyah hilal (cerapan anak bulan) Syawal pada 29 Ramadan bersamaan 8 September (esok).
  • Cerapan itu akan dilakukan di 30 tempat cerapan rasmi yang dimaklumkan oleh Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja dan proses cerapan di peringkat negeri lazimnya diketuai oleh mufti negeri. 
  • Hasil cerapan akan dipanjangkan segera ke pengetahuan Penyimpan Besar Mohor Raja-raja serta diumumkan segera setelah mendapat perkenan raja-raja

Wednesday, September 1, 2010

apa nak jadi nie????

salam kawan2..
makin ari aku tengok dalam paper, blog, facebook, tv dan mcm2 lagi la bnda yang boleh tengok...makin banyak dah aku tengok bangsa lain yang memainkan Islam..bila aku baca, panas ja ati nie kan..da pulak yang maki2 Allah..itu yang aku paling tak boleh tahan..dalam paper metro arini ada pulak tajuk "Medan selera papar pelekat logo halal tak sah"..aduh..kenapa la jadi macam nie..kalau dah tak halal tue, tak payah la nak letak logo halal..hormat la umat Islam sama..kita kena saling hormat-menghormati..baru la dapat hidup dengan aman...
ini baru kat negara Malaysia, majoritinya umat Islam..kalau la kat luar negara, lagi banyak lagi masalah kan..dengan perang nak hapuskan umat Islam, pastu karikatur nabi Muhammad s.a.w lagi...
ni da sekor yang dok maki Allah dalam facebook..jom kita tengok...aku amik dari http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com/2010/09/fb-fuck-allah.html




korang bagi la pendapat sendiri yer...

zm :- bersama-samlah kita menjaga keamanan sejagat...pakai akal untuk berfikir..bukan pakai otak...

tak mungkin kot....



lepas menjadi orang yang paling pantas di dunia...Usian Bolt kini nak tukar bidang pulak...dia nak jadi pemain bola sepak...dia nak bermain untuk kelab Man U kerana kelab tersebut ialah kelab yang dia minat selain Real Madrid....dia cuba hendak bermain di posisi pemain tengah di sebelah kiri..semasa di high school, dia hendak menjadi footballer tetapi cita-citanya tidak kesampaian la pulak...

dalam autobiography dia ada menyebut tentang :

"sekiranya saya menjadi pemain bola sepak, saya akan menandatangani kontrak dengan Man U...ramai yang bercakap ia tidak realistik tetapi mereka tidak pernah nampak saya bermain..kalau Alex Ferguson lihat saya bermain dalam satu charity matches, beliau akan berfikir bahawa saya boleh menggantikan Ryan Giggs."

dia tambah lagi...kamu blh ketawa dengan kenyataan di atas, tetapi Sir Alex bersedia untuk mempertimbangkan pemain bernilai £7 million..untuk menjadi the next Ryan Giggs...


zm :- adakah ini bakal terjadi..sama2 kita tunggu dan lihat...hehehe...kalau betul la kan..jenuh defend lawan  

         jaga dia..dah la lari laju...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails