Wednesday, December 29, 2010

Terima Kasih PM...Jumaat cuti

alhamdulillah...
terima kasih Datuk Seri Najib...
sbb bagi cuti kepada seluruh rakyat Malaysia pada ari Jumaat nie...
dia bagi adiah kat rakyat Malaysia  sebab bagi sokongan kpd pemain Malaysia yg men di Piala AFF..
sebenarnya dia bagi cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan 
Piala AFF Suzuki ..
hehe..
camna pon..
tahniah Malaysia!!!
terima kasih PM!!!
AAAUUUUMMMMMMMMMMMM!!!!

Malaysia menang!!!!yeahhh...xdak cuti ker esok?

Malaysia memang boleh....
Malaysia menang..
lepas dapat pingat emas sukan sea ari 2, malaysia jadi juara piala AFF plak...
tahniah Malaysia...
lepas nie bagi layak p sPiala Asia pulak..
pelan2 kita naik....
lepas tue baru pk p piala dunia...
dah menang nie bagi la cuti 1 ari...
hehehe..
bukan senang nak jadi johan kan..
hahaha...

Tuesday, December 28, 2010

malam nie tengok bola la wey!!!

Malaysia boleh!!!
malam nie jangan lupa kita tengok bola Malaysia lawan Indonesia...
buh gol banyak2 lagi Malaysia...
biar team Indonesia malu besar kat depan penyokong sendiri...
aku dok risau gak kat team kita...
kalau kita menang, boleh ka penyokong Indonesia terima kekalahan...
hmmmm....
sama2 kita tengok malam nie la yea pa yang akan jadi...
sama2 kita doakan supaya Malaysia menang!!!
AUMMMMMMM!!!

Monday, December 13, 2010

anakku sazali meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Artis veteran yang terkenal dengan watak Sazali ketika kecil dalam filem Anakku Sazali, Tony Castello, 60-an, meninggal dunia di Hospital Changi, Singapura, selepas waktu Zuhur, semalam, kerana menghidap barah paru-paru.
Menurut sahabat karib Allahyarham, Salleh Sam, 45, dia menghidap penyakit itu sejak beberapa tahun lalu dan jenazahnya akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam, di Jurong, pagi esok.

“Jenazah tidak boleh dikebumikan lebih awal kerana terpaksa menunggu kedatangan isteri dan saudara-maranya dari Filipina,” katanya. Tony atau nama Islamnya, Mohd Nor Abdullah berasal dari Filipina. Bagaimanapun dia, ibu bapa, adik-beradik serta isterinya memeluk Islam.
Bagaimanapun, jelas Salleh, dia tidak begitu tahu mengenai keluarga Allahyarham kerana dia sangat berahsia orangnya. “Dia seorang peramah tetapi tidak suka bercakap mengenai keluarganya. Namun, setahu saya dia tinggal di sini bersama anaknya, manakala isterinya menetap di Filipina,” katanya. Sementara itu Datin Rosnani Jamil (Mak Nani), yang pernah berlakon bersama Allahyarham dalam filem Anakku Sazali dan Masyarakat Pincang, berkata ketika dia berlakon dan menetap di Jalan Boon Teck, Singapura, Tony dan seorang lagi pelakon, Rahmat Ali suka datang ke rumahnya.

“Jika tiada kerja, mereka berdua suka melepak di rumah saya dan saya sudah menganggap mereka adik angkat saya. “Pada zaman kegemilangan filem Melayu di Singapura, bapanya peniup trompet terkenal. Dalam filem Ibu yang membabitkan adegan Allahyarham Tan Sri P Ramlee meniup trompet, ia sebenarnya ditiup bapa Tony. “Ibunya pula guru tari di Jalan Ampas. Semua pelakon atau penari yang akan menari dalam filem, belajar menari dengannya. Tony sangat baik dan pernah serta selalu berangan-angan hendak jadi Elvis Presley. “Dia budak pandai. Selain berbakat dalam bidang lakonan dia juga boleh menyanyi dengan baik dan mewarisi kehandalan bapanya bermain trompet. Kali terakhir saya berjumpa Tony ketika dia dan Hashimah Yon datang pada pelancaran buku Pak Jamil (Datuk Jamil Sulung), Ogos lalu di Kuala Lumpur,” katanya.

Tambah Mak Nani, dia dapat tahu berita kematian Allahyarham lewat petang dan tidak sempat untuk melawat Allahyarham. “Pak Jamil tak sihat, jadi saya tidak boleh pergi begitu saja meninggalkannya tanpa jagaan sesiapa. Insya-Allah, apabila saya balik Singapura nanti, saya akan pergi menjenguk pusara dan kaum keluarganya yang masih ada di Singapura. “Walaupun dia saudara baru tetapi kalau diajak bercakap mengenai agama, dia memang bijak dan ilmu pengetahuannya sangat tinggi. Saya doakan semoga rohnya dicucuri rahmat,” katanya. Menerusi keberkesanan lakonan Tony membawakan watak Sazali ketika kecil, dia menang Anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik pada Festival Filem Asia Pasifik ke-4, 1957 (Tokyo). Manakala P Ramlee mendapat Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik.

sumber : metro

Sunday, December 12, 2010

Chelsea seri lagi!!!! I like...

Assalamualaikum...
malam nie aku rasa hepi la..hahahaaha..
nak tau sebab apa?
sebabnya chelsea seri lagi...
kali nie seri dengan team Totenham Hotspurs...
puas ati la tengok game tadi..memang laju la...
td aku suka tengok player Spurs...
nama dia Bale...
mmg laju lasi Bale nie...kalau bagi aku jaga dia memang xdapat la...
dan aku suka drogba sebab sepak penalti xmasuk..
hahahaha...
game tadi berkesudahan 1-1...


Jangan lupa tengok game Man U vs Arsenal plak nohh..

Glory glory Man United...Glory glory Man United....

harap2 man U menang la....hahaha...
bye2 chelsea....

Monday, December 6, 2010

Selamat Menyambut Maal HIjrah..



Salam kwn2..


Pada tahun nie pada tarikh 7 Disember 2010, kita umat Islam sambut Maal Hijrah...kwn2 tau x apa makna Maal Hijrah atau Awal Muharam nie?...


klu tak tau..mai cni aku nk cerita sikit pasai 2...sikit je la..




Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri.

Salam Maal Hijrah kawan-kawan....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails