Friday, October 22, 2010

Rooney..Rooney..hati kau keras..hahaha....



LONDON - Wayne Rooney membuat 'pusingan U', apabila mengumumkan kekal bersama Manchester United dan bersetuju memperbaharui kontrak lima tahun, semalam.
Keputusan itu mengundang persoalan, mungkinkah penyerang England itu sekadar 'main wayang' setelah bersungguh-sungguh menunjukkan keinginan untuk meninggalkan United.
Laman web kelab itu menyatakan: ''Wayne Rooney telah bersetuju untuk mengikat kontrak lima tahun bersama United, sehingga Jun 2015''..
Rooney, yang dilaporkan menuntut gaji sebanyak 150,000 pound (RM734,650) seminggu selepas cukai, menegaskan persetujuan itu dibuat, setelah Alex Ferguson memberi jaminan bahawa United akan terus komited sebagai pasukan yang hebat.''Saya gembira menandatangani kontrak baru ini.
''Sejak beberapa hari lalu, saya telah berbincang dengan pengurus dan pemilik kelab. Mereka telah menyakinkan bahawa saya seharusnya berasa bangga bersama kelab ini.
''Pengurus (Ferguson) seorang yang bijak, kepercayaan serta keyakinan beliau, menjadi faktor utama untuk saya kekal di sini.
''Saya telah menandatangani perjanjian baru yang mana kepercayaan pihak pengurusan, kakitangan kejurulatihan, ahli lembaga dan pemilik, telah menyatakan komitmen untuk memastikan United kekal sebagai sebuah kelab yang memiliki sejarah kejuaraan membanggakan, yang merupakan faktor utama saya menyertai kelab ini.''
Sebelum ini, Ferguson mendedahkan rundingan kontrak dengan Rooney, yang tamat Ogos lalu, gagal menemui penyelesaian dan menyatakan pemain itu akan dijual.
Kenyataan Ferguson bahawa Rooney tidak menghormati United, menggambar hubungan dingin di antara dua mereka. Ini disebabkan kedua-duanya berperang mulut, ekoran keputusan Ferguson merehatkan pemain itu dalam tiga perlawanan, kerana cedera buku lali.
Namun, semalam Ferguson gembira dengan keputusan Rooney: ''Minggu ini amat sukar, tetapi liputan hangat yang diberikan, sememangnya sudah dijangka.
''Saya berkata kepadanya bahawa pintu sentiasa terbuka untuknya, saya gembira Wayne bersetuju untuk kekal.
''Kadang kala, apabila anda berada di kelab ini, sukar untuk anda menyedari betapa pentingnya kelab ini. Sehinggalah berlaku sesuatu, barulah anda lebih memahami.
''Saya rasa Wayne kini memahami apakah kehebatan kelab seperti Manchester United ini.''
Rooney dikaitkan dengan perpindahan Manchester City, yang membangkitkan kemarahan penyokong.
Sekumpulan penyokong berhimpun di depan kediaman pemain itu, sebagai membantah keputusannya, sehingga polis terpaksa menyuraikan perhimpunan tersebut. - AFP
-UTUSAN MALAYSIA-

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails