Saturday, July 17, 2010

Pantai tercantik di dunia

assalamualaikum..

arini saya nak share dengan kawan-kawan tentang pantai-pantai yang tercantik di dunia pula..
hampir setiap negara di dunia ini memiliki pantai yang sangat cantik..


mari kita lihat sama-sama..

tahukah kamu tentang...

1. First World Hotel di Genting  Highland adlah hotel yang terbesar di dunia dengan mempunyai 6118 buah bilik..

2. bayi dilahirkan tanpa kepala lutut sehingga umur mereka mencecah 2 hingga 6 tahun..

3. Tasik Bosumtwi terbentuk dari jatuhnya meteorit...

4. Sungai Nil adalah sungai yang terpanjang di dunia dengan ukuran 6825 km...

5. Penggunaan telefon bimbit selama 1 jam dapat merangsang pertumbuhan bakteria dalam telinga sebanyak 700 kali ganda...

6. Badam tergolong dalam keluarga buah pic...

7. hanya 7 peratus penduduk di dunia ini kidal..

8. The Angel Falls adalah air terjun yang tertinggi di dunia iaitu 979 meter, lebih tinggi 3 kali ganda dari menara Eiffel...

9. kelipan mata perempuan leih kerap berbanding lelaki..

10. manusia menguap selama 6 saat...

11. Gempa bumi paling dasyat pernah direkodkan ialah di China pada tahun 1557 dengan menyebabkan kematian seramai 830 ribu orang...

mybe ramai yang dh tau tentang benda yang aku bagitau nie..sesiapa yang tak tau lagi, nie input yang baru untuk anda..

p/s*siapa yang nak tambah lagi...silakan..

lawak ker??

lawak ker??#1

Seorang pesakit yang akan dibedah terbaring di katil bilik bedah dengan muka yang pucat. Seorang doktor bedah muda masuk sambil menyapa pesakit tersebut dengan ramah.
“Awak kelihatan takut sekali, jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan baik dan lancar, jadi tabahkan hati mu…”
“Bagaimana tidak takut doktor, seumur hidup, inilah kali pertama saya dibedah.”
“Sama-sama, saya juga kali pertama buat pembedahan, saya sama sekali tidak merasa takut…”


lawak ker??#2

Sang lalat dan bini lalat pergi merayau rayau mencari makan, mereka masuk ke dalam jamban untuk makan tahi. Bini lalat berkata..

Bini : “Bang, kenapa kita kena makan tahi hari-hari?”

Laki : “ Hish… Jangan cakap benda-benda kotor time makan!”
 
 lawak ker??#3

Di dalam sebuah bas duduk seorang pemuda dan seorang nenek. Si nenek memicit-micit kepalanya.
“Kenapa nie nek. Pening ya,” tanya pemuda tersebut.
“Ya nak, rasanya kepala pening, perut mual, rasa macam nak muntah,” jawab nenek.
“Oh, ya nak, bolehkah nenek melihat muka kamu sebentar.”
Pemuda itu terkejut tapi kemudian tersenyum,”Boleh nek, tapi kenapa?”
Si nenek menjawab,”Biar muntahnya lebih cepat.”

 lawak ker??#4

Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…
Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.
“Nak, ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis memonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.
Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.
*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…
Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…


 lawak ker??#5
 
Seorang lelaki menelefon sebuah rumah sakit jiwa dan menanyakan kepada penyambut tetamu apakah bilik no. 27 ada pesakitnya.
Penyambut tetamu tersebut lalu memeriksa bilik tersebut, dan segera kembali menyambung panggilan telefon dan memberitahu lelaki tersebut bahawa bilik no. 27 itu kosong.
“Bagus sekali!” kata lelaki tersebut.
“Ini bererti aku sudah betul-betul berhasil melarikan diri!”






Pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia..

assalamualikum...

semalam saya dah bagi sedikit info tentang makanan tradisional di Malaysia..
ok..arini saya nak tunjukkan pula tentang pakaian tradisional kaum-kaum yang terdapat di Malaysia..
di Malaysaia nie terdapat banyak kaum..di semananjung Malaysia sahaja terdapat lebih daripada tiga kaum yang utama..ini tidak termasuk Sabah dan Sarawak..di sana terdapat lagi banyak kaum..

ok..mari kita tengok pakaian tradisional kaum-kaum di Malaysia...


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails