Thursday, August 18, 2011

Malaysia Layak ke Piala Dunia Universiti 2012.


KUALA LUMPUR 10 Ogos - Skuad bola sepak Negara memastikan tiket ke saingan Piala Dunia Universiti yang julung kalinya diadakan di Abu Dhabi tahun depan selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand menerusi penentuan penalti 4-3, semalam.
Selepas menamatkan saingan perit peringkat kumpulan di tangga tercorot, anak buah Aminuddin Hussin jelas lesu dengan membiarkan Thailand mendominasi permainan, malah kombinasi pemain sayap Adisak Kanu dan penyerang Narat Patchaya hampir meletakkan Thailand di depan pada minit keenam tetapi rembatan melepasi palang negara yang dikawal Norhadi Ubaidillah.
Gawang negara akhirnya bocor pada minit ke-30 menerusi perancang tengah, Pathomchai Seaisakuls yang bijak meloloskan diri ke kawasan penalti sebelum menewaskan Norhadi.
Situasi hampir sama berlaku pada babak kedua tetapi kekasaran Adisak terhadap Arman Fareez Mohd Ali membuatkan pengadil dari Taiwan, Kao Jungfang melayangkan kad merah.

Kelebihan itu digunakan sepenuhnya pemain negara yang menyamakan kedudukan pada minit ke-74 menerusi kapten, T Reuben selepas mendapat hantaran baik Fahrul Razi Kamaruddin.

“Pemain lambat panas kerana mereka mengkaji corak permainan lawan terlebih dulu,” kata penolong jurulatih, Richard Scully.
“Dan selepas dapati ada kelemahan pada kawasan tengah, barulah kita ambil kesempatan itu."

“Sekarang kita sudah layak berada di ranking 9-12 yang menjadi sasaran sebelum ini dan akan melakukan yang terbaik apabila menentang Ukraine atau Republik Czech selepas ini. Yang penting, kemenangan ini juga melayakkan kita ke Piala Dunia Universiti tahun depan,” katanya. - Berita Harian.

*zm :lps nie rmai la anak buah datuk k.rajagopal nk jd student kn..sbb nk men piala dunia universiti 2013...hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails