Wednesday, January 5, 2011

Alhamdulillah 100,000 peluk Islam di Britain...

LONDON: Sekurang-kurangnya 100,000 penduduk Britain memeluk Islam sejak satu dekad lalu dan secara purata, 5,000 setiap tahun, menurut kajian terbaru.
Badan kajian agama, Faith Matters yang melakukan kajian itu menggunakan data bancian 2001 Scotland, satu-satunya tinjauan yang bertanya responden agama ketika mereka lahir dan ketika penyelidikan berkenaan.
Hasilnya, mereka berjaya menetapkan jumlah penduduk tempatan yang memeluk Islam dan menjadikannya asas anggaran golongan mualaf keseluruhannya di Britain, lapor The Independent. 

Tinjauan itu mendapat, 60,699 ‘saudara baru’ menetap di Britain pada 2001. Tanpa data bancian baru sejak itu, penyelidik membuat tinjauan di masjid seluruh London untuk mengira berapa ramai memeluk Islam setiap tahun. 

Mereka mendapati, 1,400 penduduk memeluk Islam di London sejak 12 bulan lalu sekali gus bermakna 5,200 di seluruh Britain. 

Angka yang didapati itu juga hampir sama dengan kajian mengenai saudara baru di Jerman dan Perancis iaitu 4,000 orang memeluk Islam setiap tahun. 
Seorang guru tarian, Denise Horsley, 26, ketika mengulas keputusannya memeluk Islam berkata: “Saya diperkenalkan kepada agama Islam oleh teman lelaki saya. 

“Ramai bertanya adakah saya memeluk Islam kerananya tetapi ia tiada kaitan dengannya. Saya sendiri yang belajar mengenai Islam. Sekarang saya memakai tudung tetapi ia selepas beberapa lama. 

“Hijab satu konsep penting dalam Islam tetapi ia bukannya mengenai pakaian. Paling penting kesederhanaan dalam setiap perkara yang anda lakukan. 

“Pada asasnya, saya masih orang yang sama kecuali saya tidak lagi minum arak atau daging khinzir dan melakukan solat lima kali sehari.” 

Kajian sebelum ini menganggarkan bilangan saudara baru Islam di Britain antara 14,000 dan 25,000. 



-BHARIAN-

Ikan tuna termahal di dunia..







Seekor tuna sirip biru raksasa di Jepun hari ini mencat sejarah sebagai ikan termahal di dunia. Melalui proses lelong di pasar Tsukiji, Tokyo, ikan itu dijual dengan harga 32,49 juta yen...


Hasil lelongan ikan tuna raksasa  seberat 342 kilogram ini  dapat mengatasi tuna sirip biru yang sebelum ini seberat 202 kilogram, yang dijual seharga 20,2 juta yen pada 2001 di tempat yang sama.

“Ikan ini memang besar sekali. Kami sangat terkejut dengan harga ini,” Ikan ini dibeli oleh dua restoran sushi terkemuka, iaitu rumah makan Kyubey di Tokyo dan Itame di Hong Kong. Mereka bahagi dua ikan besar itu untuk disajikan kepada para pelanggan masing-masing.

Ikan itu ditangkap di perairan utara Jepun. Tuna ini adalah salah seekor dari 538 ikan yang dikumpulkan dari seluruh dunia dan dijual di pasar Tsukiji.

Tuna sirip biru merupakan favorit para pencinta sushi. Sepotong sushi tuna sirip biru, atau disebut o-toro, dapat dijual dengan harga 2.000 yen
Rakyat Jepun menggemari makanan dari daging ikan.. Populari ikan ini membuat jumlah mereka di lautan semakin berkurang.
Demi membela spesies ikan itu, Komisi Internasional Tuna di Mediterania dan Atlantik pada November 2010 menurunkan angka kuota penangkapan tuna, dari 13.500 menjadi 12.900 metric ton. Bagi para nelayan, kebijakanini merugikan mereka kerana merugikan mereka...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails