Friday, August 13, 2010

Puasa zaman muda dulu...

Setiap kali masuk je bulan puasa ni mesti banyak cerita-cerita yang menggelikan hati. aspek kehidupan seolah berbeza bila masuk je bulan puasa. 




masyarakat dari pelbagai lapisan, khususnya di Malaysia ada pelbagai cerita untuk dikongsi:-

1. Budak-budak sekolah rendah: Mula buat muka sebab kena bangun sahur awal pagi. Bila balik sekolah, penat, curi-curi makan

2. Suami: stand-by balik awal. Kerja sepanjang bulan puasa slow and steady. By kul 4 dah siap bertolak balik rumah.

3. Anak-anak di perantauan: ari pertama puasa dah pasang lagu raya, especially lagu Sudirman. memang terbaek la.. mesti teringat rumah. Tu baru puasa hari pertama. Hari tu lah jugak teringat masakan mak. Yang belajar local, hari first memang cari chan (chance) je nak sahur bersama family kat kampung.( macam aku la..hehe )
 
4. Family: Masuk je bulan puasa dah plan nak beli baju raya kat mana. Tambahan kalau dah dekat-dekat penghujung, semua bazar sesak . Diborongnya segala khazanah. Dengan kedai-kedainya sekali. Baju raya, langsir, kuih raya.

5. Imam-imam: budak-budak hafiz, kalau bulan puasa memang ramai yang dipanggil menjadi imam tarawih. Tapi nak jadi imam, kena tengok package nye. Tengok bayaran.. Kalau bayar sikit, boleh compare dengan bayaran ramadhan tahun lepas plak tu. Katanya, tahun lepas kat kawasan-kawasan dato' tu, diorang bayar 5k, takkan ni bayar skit je?...kalau nak boleh. tapi package tak lengkap. bacaan ringkas je. doa pun pendek je. hehehe... (tak semua.. sebahgian kecil)

6. Peniaga pasar Ramadhan: tak menang tangan para peniaga pasar Ramadhan ni. ada aje cara untuk tambah pendapatan. Lokasi pulak yang strategic. Booking tempat, kalau dengan majlis daerah berbulan-bulan awalnya. Itu pun kena mark up banyak. Tak pa. Ramadhan punya pasal.

7.Budak-budak bujang: Time ni lah tak payah nak susah2 pikir pasal makn. Tinggal buat diari planner je. Hari ni kat mana, esok kat mana. Rezeki bersepah-sepah. dari rumah orang dah kahwin, masjid, syarikat tempat kerja, atau rumah lecturer, rumah boss. Mana-mana pun boleh.

8. Orang-orang yang mengelat: orang yang nak mengelak lah tu. Ingatkan zaman dulu je ada orang-orang yang rumah kata pergi, kubur kata mari lari dari puasa. zaman sekarang pun masih ada lagi. Macam-macam alasan. Gastrik lah. Pastu gi makan sembunyi-sembunyi. Dah kene tangkap dengan JAIK pastue di bawa berarak ngan van mayat baru nak tau malu. Esok keluar suratkhabar, Datuk 10 cucu ditangkap tak berpuasa.ish3...

9. Shopping mall: first puasa dah buat iklan untuk raya. sebesar-besar alam. berjenis-jenis. Sambutan bulan puasanya tak seberapa, tapi rayanya sakan bagai. Hotel-hotel pulak buat hidangan special sempena ramadhan. ingatkan ramadhan untuk besederhana, tapi kat hotel sumbat makanan dalam perut macam untuk setahun. Ye lah nak bagi berbaloi dengan duit yang dibayar.mahal kot..

Tu lah sebahagian coretan masyarakat kita kat Malaysia ni. Bulan Ramadhan bulan rezeki untuk semua. Saya cuma teringat kisah-kisah lucu di bulan yang mulia ini. Cerita-cerita di atas adalah sekadar pengalamn ramadhan. Yang baik jadikan ikutan, buruk jadikan teladan. Besederhana dalam Ramadhan. Selamat Berpuasa semua...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails