Saturday, August 14, 2010

Jom boikot kurma Israel


Friends of al-Aqsa telah melancarkan kempen menggesa umat Islam memboikot kurma ditanam di kawasan penempatan Yahudi.
Pertubuhan itu menuduh ‘penempatan haram Yahudi menggaji kanak-kanak Palestin bekerja dalam keadaan menyedihkan’ ketika umat Islam menyambut Ramadan.  
Organisasi anti-Israel menggesa umat Islam memboikot kurma ditanam di kawasan penempatan Yahudi di Lembah Jordan dan organisasi pro-Palestin di Eropah menerima sokongan dalam media Arab dan Iran.
Kurma dianggap komponen penting dalam amalan berbuka puasa.
"Memakan kurma ini, anda membantu penempatan mencuri tanah penduduk Palestin"
“Penduduk Palestin diambil bekerja sebagai pertukaran gaji sedikit dan melakukan kerja yang enggan dilakukan penduduk Yahudi”
Friends of al-Aqsa mendakwa, penempatan kanak-kanak Palestin dalam keadaan daif dan sebab itulah kurma Israel lebih murah berbanding kurma Palestin.
Organisasi itu juga menuduh eksport kurma dari Lembah Jordan ke Kesatuan Eropah kira-kira 5,000 tan menjana pendapatan AS$64.5 juta (RM204.37 juta) setahun.
Kenyataan memulaukan kurma Israel dikeluarkan bukan saja di Britain, tetapi juga di negara Eropah lain seperti Belgium, Perancis dan Belanda. Persatuan Penanam Buah-buahan Israel masih belum memberi maklum balas terhadap laporan itu.




sumber: bharian

menara al-Bait menara jam tertinggi di dunia.


Fakta-fakta menarik tentang menara al-bait:



  • di bina pada tahun 2004
  • berada sekitar 50 meter dari Masjid Agung Mekah..
  • berketinggian 1.970 kaki (600 meter)
  • ukuran lantai berukuran 4.8 mater persegi.
  • terdapat 76 tingkap dan 76 lif.
  • menara tertinggi kedua di dunia setelah Burj Khalifa di Dubai.
  • Di dalam menara terdapat hotel, pusat perbelanjaan, dan ruang konferensi.
  • Terdiri atas empat sisi, jam ini berdiameter 151 kaki, akan diterangi dua juta lampu LED, dilengkapi tulisan Arab berukuran besar yang berbunyi Allahu Akbar pada setiap sisi wajahnya. Sementara baru satu dari empat sisi jam yang telah selesai dan ditutup dengan 98 juta lembar kaca mosaik.
  • jam dapat terlihat lebih dari 25 kilometer
  • enam kali lebih besar ketimbang jam Big Ben di London.
  • Warga Mekkah juga akan diingatkan waktu salat lewat lampu hijau dan putih, yang menyala lima kali sehari.
  • di bina oleh syarikat hartanah terbesar di Arab Saudi iaitu Bin Laden Group.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails