Saturday, August 14, 2010

Jom boikot kurma Israel


Friends of al-Aqsa telah melancarkan kempen menggesa umat Islam memboikot kurma ditanam di kawasan penempatan Yahudi.
Pertubuhan itu menuduh ‘penempatan haram Yahudi menggaji kanak-kanak Palestin bekerja dalam keadaan menyedihkan’ ketika umat Islam menyambut Ramadan.  
Organisasi anti-Israel menggesa umat Islam memboikot kurma ditanam di kawasan penempatan Yahudi di Lembah Jordan dan organisasi pro-Palestin di Eropah menerima sokongan dalam media Arab dan Iran.
Kurma dianggap komponen penting dalam amalan berbuka puasa.
"Memakan kurma ini, anda membantu penempatan mencuri tanah penduduk Palestin"
“Penduduk Palestin diambil bekerja sebagai pertukaran gaji sedikit dan melakukan kerja yang enggan dilakukan penduduk Yahudi”
Friends of al-Aqsa mendakwa, penempatan kanak-kanak Palestin dalam keadaan daif dan sebab itulah kurma Israel lebih murah berbanding kurma Palestin.
Organisasi itu juga menuduh eksport kurma dari Lembah Jordan ke Kesatuan Eropah kira-kira 5,000 tan menjana pendapatan AS$64.5 juta (RM204.37 juta) setahun.
Kenyataan memulaukan kurma Israel dikeluarkan bukan saja di Britain, tetapi juga di negara Eropah lain seperti Belgium, Perancis dan Belanda. Persatuan Penanam Buah-buahan Israel masih belum memberi maklum balas terhadap laporan itu.




sumber: bharian

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails