Thursday, July 8, 2010

England team yang paling bosan:Ozil

arini jom kita sembang2 pasai world cup ckit...

team england dh klh..germany pn kalah..portugal lg la...
germany bru klh smlm tp Ozil da bt statement..
nk tau dia kata pa???
baca nie...


 Bintang tengah Jerman, Mesut Ozil memperlekeh England dengan berkata pasukan itu adalah antara pasukan paling membosankan di Afrika Selatan.

Ozil juga ketawa selepas penyerang Wayne Rooney mengeluh bosan selepas pemain itu hanya menghabiskan masa dengan permainan dart dan snuker saja di kem latihan mereka di Rustenburg.

Menewaskan England 4-1 pastinya kejayaan terbesar saya kerana ia membuktikan bahawa di sebalik apa orang kata ataupun tulis, Jerman masih sebuah negara terkuat bola sepak di dunia.
 Tetapi seandainya anda mendapati kejohanan terbilang di dunia ini membosankan, maka anda tidak seharusnya berada di sini (Afrika Selatan).

Pemain tengah Werder Bremen itu agak berdiplomasi mengenai cubaan Frank Lampard yang tidak disahkan, sambil berkata dia ingin beraksi dalam Liga Perdana Inggeris suatu hari nanti.

Liga Perdana Inggeris adalah liga terkemuka dan pasukan seperti Chelsea dan Manchester United sangat kuat. Tatkala Piala Dunia sedang berlangsung, saya tidak mahu memikirkan masa depan saya tetapi La Liga dan Liga Perdana mempunyai kelab di mana saya boleh memenangi trofi penting. Agensi



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails