tadi aku baca paper ada la satu tajuk yang agak menarik la untuk aku kongsi..
tajuk berita nie lebih kurang macam nie la..
Adidas juara dunia, Nike penjaring gol..
Adidas juara dunia |
Nike penjaring gol |
aku ingatkan negara-negara ja yang masuk bertanding untuk Piala Dunia nie tapi rupa-rupanya syarikat jenama sukan pun nak bertanding jugak siap yang lebih hebat buat promosi..Adidas dan Nike adalah syarikat yang paling mendapat perhatian pada Piala Dunia kali ini bagi kategori pengedar penaja rasmi Piala Dunia..Adidas yang menaja jersi skuad juara Piala Dunia Sepanyol pada perlawanan akhir sekali gus menobatkan jenama itu kembali ke podium sebagai juara dunia..Nike pula menjadi penjaring gol kemenangan kerana pemain yang menjaringkan gol tersebut (sapa lagi klu bkn Andres Iniesta) memakai kasut Nike...
Puma juga menjadi penaja nombor satu pasukan Afrika. Ghana yang memakai jersi tajaan Puma layak melangkah ke suku akhir..
Selain itu, syarikat elektronik Jepun serta rakan rasmi FIFA, Sony turut menjangkakan keuntungan.
No comments:
Post a Comment